SelangorToday

AMANAH KOMITED SANTUNI RAKYAT ATAS NAMA RAHMAH, PERKASA AHLI JADI CONTOH MASYARAKAT

Parti AMANAH Negara membawa konsep RAHMAH sebagai asas perjuangan mereka setelah membentuk kerajaan. Gagasan yang dicetuskan oleh bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Salahuddin Ayub yang juga bekas Timbalan Presiden AMANAH melalui kepimpinannya banyak memberi manfaat kepada rakyat sekaligu mempopularkan konsep ini.

Oleh itu, Pengerusi AMANAH Selangor, Ir.Izham Hashim berkata AMANAH perlu sentiasa komited mengangkat konsep RAHMAH ini agar lebih dikenali dan difahami rakyat Malaysia. Tambahnya, Jualan Ehsan Rahmah misalnya sudah menjadi program popular dikalangan rakyat sekaligus membantu meringankan beban rakyat.

Jelas beliau lagi, sifat rahmah yang merujuk kepada kasih sayang ini selaras dengan sifat Al-Rasul SAW yang bukan sahaja sentiasa menunjukkan rahmanya baginda sesama Islam dan juga dengan kalangan mereka berbeza bangsa dan agama malah juga pada haiwan dan alam sekitar.

Sementara itu, Izham yang juga Ahli Dewan Negeri Pandan Indah menggesa kualiti ahli AMANAH dipertingkatkan. Ia bukannya hanya gah dengan jumlah ahli yang tertinggi, namun lebih utama kualiti ahli yang mampu menjadi aset penting buat AMANAH.

Apabila menyebut soal RAHMAH, tentunya ia mesti dimulakan terhadap sesama ahli. Kepedulian AMANAH kepada keadaan ahli AMANAH perlu diberi perhatian. Asasnya ukhuwah yang erat sesama ahli terutama pimpinan disemua peringkat dengan ahlinya.

Izham ketika memberikan ucaptamanya sempena Konvensyen AMANAH Selangor 2024 di Shah Alam berkata, ahli AMANAH seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat dan akan menjadi daya tarikan masyarakat kepada Parti AMANAH. –SelangorToday

Exit mobile version