SelangorToday

AMANAH LANCAR GERAKAN ANTI-RASUAH DI KONVENSYEN AMANAH 2021

Parti Amanah Negara melalui Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional telah melancarkan Gerakan Anti-rasuah semasa Konvensyen AMANAH Nasional 2021 berlangsung di Wisma AMANAH Negara. Presiden AMANAH, Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad Sabu menyeru agar rakyat terus menentang rasuah dan menganggap ia sebagai satu jenayah besar. Rasuah juga menyebabkan rakyat yang berada dalam kesempitan hidup akan terus melarat manakala yang kaya akan terus bersenang lenang.

Tuan Haji Mohamad Sabu membuat gimik pelancaran

Dalam video montaj pelancaran, Ustaz Ahmad Awang yang merupakan Penasihat Umum Parti Amanah Negara memetik ayat-ayat Al-Quran dan Hadis Nabi sebagai penegasan kepada masyarakat bahawa budaya rasuah merupakan budaya yang dilarang dalam Agama Islam. Sambil menangkat kad tertera tulisan ‘Menolak Rasuah’ pimpinan AMANAH yang berada di dalam Dewan Konvensyen melaungkan ‘Tolak Rasuah’ beramai-ramai sejurus selepas pelancarannya.

Pemimpin AMANAH Nasional mengangkat kad Anti-rasuah

Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional memaklumkan, pelancaran ini merupakan gerak kerja pertama bagi memasuki fasa seterusnya dimana usaha untuk mencelikkan rakyat atas buruknya budaya rasuah akan dijalankan dengan kerjasama biro-biro dan sayap-sayap lain yang ada dalam AMANAH.

Exit mobile version