Pagi Isnin lalu, AMANAH Nasional yang diwakili oleh Sany Hamzan selaku Pengerusi Biro Mobilasi AMANAH Nasional serta Faiz Fadzil selaku Pengerusi Biro Pengguna AMANAH Nasional telah hadir di ruang legar pejabat Kementerian Kewangan Malaysia untuk menyerahkan memorandum berkaitan kenaikan harga barang dan penghapusan subsidi oleh kerajaan. Sebelum ini kerajaan Malaysia memutuskan bahawa subsidi pelbagai barang-barang mentah terpaksa ditarik semula mulai 1 Julai 2022. Dengan pengumuman itu, harga barang keperluan yang sudah sedia ada naik, akan meningkat berkali ganda.
Oleh itu, AMANAH Nasional bertindak menyerahkan memorandum tersebut agar kerajaan mempertimbangkan semula langkah tersebut. Dalam memo tersebut, AMANAH Nasional menuntut supaya kerajaan mengembalikan subsidi kepada barang makanan asas rakyat termasuk ayam, telur & minyak masak. Kedua, kerajaan sebagai pengerusi majlis sidang parlimen perlu memanggil sidang parlimen khas untuk membincang dan membahaskan isu bekalan barang makanan & jaminan makanan. Seterusnya, AMANAH Nasional juga menuntut kerajaan embatalkan sistem AP keatas semua barang makanan import yang menjadi faktor ruang percaturan golongan kapitalis mengaut keuntungan berganda serta meningkatkan harga barang.
Selain Sany dan Faiz, turut bersama adalah Ketua Pemuda AMANAH Selangor, Danial Al-Rashid Harun, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Selangor, Mohamad Faridul Amini, Pengarah Mobilasi Pemuda AMANAH Nasional, Abbas Adzmi dan Naib Ketua AWAN Nasional, Anfaal Saari. Mengulas berkaitan tindakan selanjutnya, Faridul menyatakan AMANAH Nasional termasuk AMANAH Selangor bersedia untuk turun ke jalan raya pada jumaat ini memandangkan kerajaan masih mahu meneruskan tindakan mereka membebani kehidupan rakyat.