SelangorToday

AMANAH PERLU JADI PENGUKUH ASAS BINAAN KERAJAAN PERPADUAN – IR IZHAM

Pengerusi AMANAH Selangor, Ir.Izham Hashim menyeru ahli dan kepimpinan AMANAH khususnya di Selangor untuk memperlihatkan usaha mengukuhkan asas binaan kerajaan perpaduan. Tambah beliau, AMANAH juga mesti menjadi pelopor kepada pendamaian sesama rakyat memandangkan PAS dan bersatu hanya memainkan isu politik sempit dan mengkesampingkan idea-idea kontruktif kepada pembinaan negara. berkata ketika menyampaikan Ucap Tama di Konvensyen AMANAH Selangor 2023 di Saujana Impian pagi tadi, Izham mahu ahli AMANAH mencipta pelbagai idea penyelesaian kepada masalah yang ditimpa rakyat. Ia bersesuaian dengan konsep Rahmatan Lil Alamin yang dibawa serta peranan AMANAH sebagai salah satu parti komponen kerajaan.

Tambah Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor itu, AMANAH-lah yang perlu menjadi pihak utama membendung fahaman ektremis dan sikap intoleran  dalam masyarakat melalui pendekatan pendidikan, penerangan, penyertaan pelbagai kaum dalam setiap aktiviti parti dan kerajaan. Dengan mempunyai 5 kerusi DUN di Dewan Negeri Selangor, mahu atau tidak AMANAH perlu bergandingan dengan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk mengekang segala auta, fitnah, dan tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan. Izham juga menyeru penguasaan ahli AMANAH di platform Media Sosia yang menjadi asas utama maklumat disampaikan kepada masyarakat dengan penyusunan semula strategi baru komunikasi AMANAH.

Sambil memperlihatkan kejayaan Kerajaan Selangor mengutip hasil berjumlah RM 2.571 bilion setakat Disember tahun ini, Izham berkata pencapaian AMANAH tidak boleh bergantung kepada jumlah kerusi yang dimenangi semata-mata, namun lebih penting bagaimana AMANAH mampu menyentuh sanubari rakyat dengan memperjuangkan isu-isu kepentingan rakyat. Perjalanan AMANAH yang berliku ini, akan menemui jalan akhir apabila negara mencapai negara rahmah dan inklusif satu hari nanti. – SelangorToday

Exit mobile version