Site icon SelangorToday

AMANAH Selangor Kecam Mesej Penghinaan Terhadap Sultan Selangor, Desak Tindakan Tegas

Shamsul Maarif

SHAH ALAM, 28 April — hari ini mengeluarkan kenyataan tegas mengecam sebarang bentuk penghantaran mesej berunsur penghinaan, fitnah, hasutan atau kebiadaban terhadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Menurut kenyataan itu, tindakan sedemikian disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab serta bertentangan dengan nilai agama dan budaya masyarakat Malaysia yang menjunjung tinggi institusi diraja sebagai simbol kedaulatan dan perpaduan.

AMANAH Selangor menegaskan bahawa sebagai Ketua Agama Islam dan payung negeri, Sultan Selangor wajib dihormati oleh seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang. Kenyataan tersebut turut merujuk kepada firman Allah SWT dalam Surah al-Nisā’ ayat 59 yang menyeru umat Islam untuk taat kepada Allah, Rasul dan Ulil Amri (pemerintah), selagi tidak bercanggah dengan syariat.

Selain itu, Surah al-Ḥujurāt ayat 11 turut dipetik bagi mengingatkan larangan menggunakan gelaran buruk atau menghina pihak lain, termasuk institusi diraja.

“Sebarang bentuk penghinaan, cacian dan mesej berbaur fitnah terhadap Sultan jelas amat bertentangan dengan akhlak Islam yang menuntut umat memelihara lisan, tulisan dan adab,” menurut kenyataan tersebut.

AMANAH Selangor turut memberi amaran bahawa tindakan menghantar mesej menghina institusi kesultanan bukan sahaja mencerminkan keruntuhan akhlak, malah berpotensi mengganggu keharmonian masyarakat serta mencabar kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, mereka menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pihak yang terlibat dan mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang.

“Kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk menghina, memfitnah atau menghasut kebencian terhadap institusi Raja,” tegas kenyataan itu lagi.

Dalam masa sama, rakyat Malaysia khususnya di Selangor diseru agar terus memelihara adab, menjunjung prinsip Rukun Negara serta menghormati institusi diraja sebagai asas kestabilan negara.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh yang merupakan Pengerusi Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat Amanah Selangor merangkap Naib Pengerusi Amanah Selangor.

“Daulat Tuanku,” menurut penutup kenyataan itu.

Exit mobile version