SelangorToday

AMANAH SELANGOR TERIMA KUNJUNGAN MUDA SELANGOR

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Selangor telah mengadakan kunjungan hormat kepada Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor pada 16 April 2022 di pejabat AMANAH Selangor, Shah Alam. Kunjungan yang julung-julung kali diadakan melibatkan pimpinan utama MUDA Selangor dan ketua-ketua parlimen MUDA dalam Selangor. Turut hadir Naib Presiden AMANAH, Dr. Siti Mariah Mahmud, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Selangor, Mohamad Faridul Amini, Pengarah Pilihan Raya AMANAH Selangor, Tuan Hj A.Yazid Alias dan pimpinan AMANAH Selangor yang lain.

Pertemuan itu juga merupakan permulaan kepada merintis jalan kerjasama politik menuju PRU ke-15. Usaha untuk memastikan undi 18 perlu dilakukan secara maksima demi memastikan kerajaan PH Selangor akan dipertahankan seterusnya menawan semula Putrajaya. Strategi menggembleng sebanyak mungkin sokongan daripada pelbagai pihak menjadi keutamaan kita

Melalui petikan di Media Sosial Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata yang hadir di kalangan MUDA adalah di bawah umur 40 tahun dan majoriti daripada mereka adalah Ketua Parlimen di kawasan masing-masing. Manakala Ahli MUDA yang paling tua adalah berumur 84 tahun. Program berakhir dengan penyerahan jersy AMANAH Selangor kepada pimpinan MUDA Selangor.

Exit mobile version