SelangorToday

AMANAH SELANGOR TUBUH BADAN PENYELARAS DUN, KUKUH KOMITMEN SANTUNI RAKYAT

Parti AMANAH Negara Negeri Selangor, bersetuju untuk menubuhkan sebuah Badan Penyelaras DUN (BPD) bersama lantikan politik di kalangan pimpinan AMANAH di Selangor. Melalui satu posting yang dimuat naik oleh Pengerusi AMANAH Negeri Selangor, Ir. Izham Hashim, pertemuan yang diadakan beberapa hari lalu bersama semua lantikan politik AMANAH di Negeri Selangor bersetuju untuk menubuhkan BPD sebagai satu usaha kearah memperkasakan gerak kerja AMANAH di DUN-DUN di Selangor. 

Izham yang juga Ahli Dewan Negeri(ADN) Pandan Indah menjelaskan, pembentukan BPD bertujuan bagi menyelaras dan menyeragamkan semua program supaya memberi impak yang besar da positif terutama kepada parti AMANAH itu sendiri. Untuk rekod, AMANAH di Selangor mempunyai empat orang ahli parlimen, lima ahli Dewan Negeri dan tiga Penyelaras DUN. Jumlah wakil rakyat dan lantikan politik yang lebih ramai di Selangor berbanding di negeri lain memerlukan sebuah penyelarasan gerak kerja di lakukan.

Penyelarasan ini juga diyakini akan mengukuhkan peranan AMANAH di kalangan rakyat Selangor apabila tadbir urus dan gerak kerja menyantuni rakyat dilakukan secara tersusun dan berimpak. Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor itu berkeyakinan bahawa pertemuan dan perbincangan yang diadakan baru-baru ini akan memantapkan berjalanan AMANAH selaras dengan konsep ‘Rahmatan LIl Alamin’ dan moto kerajaan negeri iaitu ‘Selangor Maju Bersama’. – SelangorToday

Exit mobile version