SelangorToday

AMANAH SELAYANG KONGSI REZEKI BERSAMA RAKYAT

Pada 13 Disember 2021, AMANAH Kawasan Selayang yang diketuai oleh Tuan Wan Anwar Wan Ibrahim telah menggerakkan program rezeki kepada rakyat sekitar Kawasan Selayang.

Melalui petikan sosial media beliau, Program kongsi rezeki ini mempunyai beberapa bentuk seperti sumbangan keperluan kepada pemandu-pemandu teksi sekitar Selayang. Selain itu, bantuan sumbangan juga diserahkan kepada petugas-petugas bazar larut malam sambil mengedarkan Kalendar Tahun Baru 2022 di sekitar bazar larut malam, Bandar Baru Selayang.

Tuan Wan Anwar yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor bersama pasukanya telah mengadakan program sumbangan Pewangi Topi Kaledar kepada penungggang-penunggang terpilih sekitar kawasan Selayang.

Oleh,

Cikgu Syazmir HN

Exit mobile version