SelangorToday

AMINOLHUDA TEMPELAK PIHAK LEPASKAN USAHA DAPATKAN PULAU BATU PUTIH

PARLIMEN | Ahli Parlimen Sri Gading menempelak pihak yang melepaskan usaha untuk mendapatkan pemilikan Pulau Batu Putih satu ketika dahulu.

Ketika membahaskan usul menteri terkait Laporan Suruhajaya Siasatan Diraja(RCI) mengenai Pulau Batu Putih di Dewan Rakyat sebentar tadi menyatakan kekesalannya kepada pihak yang tidak menghormati bidang kuasa kerajaan negeri(Johor) dalam menyelesaikan isu tuntutan pulau tersebut.

Katanya jangan diabaikan isu berkaitan kedaulatan negeri yang terletak dibawah kuasa negeri. Sebelum ini beliau menyatakan Malaysia telah melepaskan Singapura dan Pulau Batu Putih. Jangan selepas ini Pulau Pisang pula menjadi milik pihak lain.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Johor mengingatkan agar Kerajaan MADANI memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Setiap perbincangan yang ada kaitan dengan kerajaan negeri mesti diberi perhatian oleh persekutuan.

Disamping itu, Aminolhuda yang juga Exco Kerajaan Negeri Johor mahu pengurusan isu tuntutan wilayah diperkemaskan. Beliau mengingatkan agar jangan sampai pengurusan yang lemah, sebahagian perairan yang menjadi tuntutan tersebut dikuasai oleh pihak mereka.

Justeru itu cadangan yang dikemukakan oleh beliau merupakan asas kepada usaha untuk memastikan kejadian yang berlaku kepada Pulau Batu Putih tidak lagi berlaku terhadap wilayah Malaysia yang lain. – SelangorToday

Exit mobile version