SelangorToday

ANAK FADZIL NOOR CABAR HJ HADI ARAH GANTUNG KUASA PENGAMPUNAN NEGERI

Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Faiz Fadzil Noor mencabar Presiden PAS, Hj Abdul Hadi Awang mengarahkan kesemua negeri dibawah kepimpinan PAS untuk menggantung Kuasa Lembaga Pengampunan Negeri serta-merta. Hal ini demikian kerana, Hj Hadi sendiri yang menyatakan bahawa Lembaga Pengampunan tidak islamik. Maka Faiz yang juga pengamal undang-undang mencabar Ahli Parlimen Marang itu mengeluarkan arahan kepada negeri-negeri PAS yang mempunyai majoriti 2/3 di Dewan Undangan Negeri untuk memansuhkan Lembaga Pengampunan Negeri masing-masing.

Tambah Faiz, kenyataan yang menyatakan bahawa AMANAH, DAP dan UMNO menentang usul pindaan Perlembagaan Persekutuan supaya hak pengampunan orang bersalah dalam kes jenayah diberikan kepada keluarga mangsa sebagai satu pembohongan yang berniat jahat. Sedangkan usul tersebut tidak pernah dibentangkan, bagaimana pula AMANAH, DAP dan UMNO dikatakan sebagai menentang usul tersebut. Malah kenyataan Hj Hadi terkait dengan kuasa Lembaga Pengampunan merupakan satu kenyataan yang mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu. Hj Hadi sedar akan kuasa yan diperoleh oleh Raja-Raja Melayu, namun beliau mahu memainkan sentimen ini agar mendapat sokongan rakyat sempena PRK yang sedang berlangsung.

Tambah Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) itu lagi, kenyataan itu menunjukkan PAS mengamalkan politik yang tidak bertanggungjawab dan PAS sanggup melakukan apa sahaja termasuk mempertikaikan peranan Yang Di Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu demi keuntungan politik PAS. Ia juga menjadi dakyah PAS apabila PAS gagal melaksanakan hukum Hudud dan meminda Akta 355 meskipun telah diberikan peluang sebagai Kerajaan Persekutuan. Sentimen Agama yang dimainkan oleh PAS hanya memecah-belahkan pemikiran masyarakat yang menyebabkan negara tidak harmoni. – Selangor Today

Exit mobile version