SelangorToday

ANAK MUDA JAYAKAN SUKARELAWAN SELANGOR

Setalah Pemuda AMANAH Nasional, menjadikan Pejabat MPP Zon 3 Shah Alam sebagai tempat penyediaan makanan berskala besar untuk mangsa banjir, atas inisiatif Pemuda AMANAH Selangor dan Kerjasama antara pemimpin Kerajaan Negeri Selangor, Dapur Rakyat diwujudkan dan diteruskan untuk menyantuni mangsa banjir yang sangat terkesan.

Oleh, Pemuda AMANAH memerlukan lebih ramai tenaga untuk membantu merencana, menyediakan dan mengagihkan makanan kepada yang memerlukan. Maka, Pemuda AMANAH telah membuka ruang seluasnya kepada orang ramai yang ingin menjadi sukarelawan sama ada sepenuh masa mahupun secara separuh masa.

Yang mengejutkan, setelah ruang dibuka oleh Pemuda AMANAH, lebih ramai anak-anak muda yang mahu menjadi sukarelawan Dapur Rakyat ini. Bagi melihat ia bukanlah agenda meraih sokongan politik dan dilihat lebih terbuka, Pemuda AMANAH menamakan sukarelawan ini dengan nama Sukarelawan Selangor.

Ia sangat membanggakan memandangkan tiada sebarang upah lumayan yang dijanjikan buat mereka. Malah mereka hadir atas kesedaran dan keinsafan mereka sendiri untuk membantu mangsa banjir. Sukarelawan ini yang ditugaskan untuk menyediakan makanan mangsa banjir ini hadir dari seluruh pelusuk Selangor malah melibatkan negeri-negeri yang lain juga.

Pemuda AMANAH hanya mengkordinasikan usaha ini dan membantu mencari penyumbang bagi keperluan semasa. Yang lain adalah atas usaha dan tenaga Sukarelawan Selangor untuk menjayakannya.

TAHNIAH ANAK MUDA!!

Oleh,

Cikgu Syazmir HN

Exit mobile version