SelangorToday

ANALISIS | MELAYU DAN BUKAN MELAYU DI MATA ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR

Naratif melayu dan Islam senantiasa menjadi persaingan diantara PAS dan UMNO sejak dahulu lagi. Boleh dikatakan, PAS dan UMNO sentiasa berlumba mendapatkan pelanggan melalui sokongan Pengundi Islam.

Namun UMNO mendapat kelebihan yang lebih seb agai sebuah parti politik apabila sudah adanya kerjasama bersama kelompok bukan Melayu Islam melalui MCA dan MIC didalam BN, sebaliknya PAS ketika era kepimpinan sebelum Ustaz Fadzil Noor belum ada hubungan rasmi dengan kelompok bukan Islam.

Ustaz Fadzil Noor antara pemimpin PAS yang paling banyak melakukan perubahan secara menyeluruh kepada PAS sehingga ia mampu diterima oleh semua pihak. Antaranya, dibawah era beliau, kerjasama diantara PAS dan kelompok bukan melayu Islam dimulai secara rasmi dan lebih dekat.

Dalam petikan ucapan Dasar Presiden di Muktamar PAS tahun 1999, Ustaz Fadzil Noor menegaskan bahawa PAS ketika itu, menerima kewujudan pelbagai kaum, agama dan budaya masyarakat di Malaysia. Dalam masa yang sama Ustaz Fadzil mengemukakan perjuangan PAS yang berpaksikan keadilan. Nilai yang bersifat universal itu bukan hanya untuk orang melayu Islam sahaja malah untuk bukan melayu Islam melalui hak sebagai warganegara Malaysia.

Dari ucapan ini membuktikan bahawa Ustaz Fadzil telah memangkah sebarang sentimen berbentuk ekstrimis  dalam pendekatan oleh PAS yang membolehkan PAS didekati oleh kelomok bukan melayu Islam.

Malah jalur pemikiran Ustaz Fadzil dan dakwahnya yang menekankan kepada kebebasan bukan melayu Islam mengamalkan agama mereka serta melarang sebarang penindasan, pengianayaan dan diskriminasi terhadap bukan melayu Islam menjadi satu contoh amalan yang dituntut kepada muslim yang dipilih sebagai pemerintah negara.

Jauh sekali beliau menggamalkan kepimpinannya sehingga golongan bukan melayu Islam dipinggirkan kerana konsep masyarakat Malaysia yang sudah terbentuk memerlukan toleransi antara pelbagai kaum.

Dari konteks hari ini, jauh sekali pemikiran Ustaz Fadzil jika hendak dibandingkan dengan parti yang tertegak atas nama melayu Islam, namun menyembunyikan kelemahan serta kesalahan atas nama agama. Lebih malang lagi, mereka menggunakan sentimen bukan melayu Islam untuk mencari kambing hitam mengaburi kesalahan mereka.

Seperkara lagi, Ustaz Fadzil tidak pernah menggunakan elemen melayu dalam perjuangannya, kerana bagi beliau dan Almarhum Tok Guru Nik Aziz, yang menjadi kelainan antara kita adalah agama, manakala kaum termasuk melayu,cina dan india hanyalah perbezaan yang tidak diambil kira oleh Allah SWT.

Namun bukan bererti Ustaz Fadzil tidak memperjuangkan elemen kemelayuan, maka kedudukan dan keistimewaan orang melayu tidak di pertahankan.

Dalam tulisan sahabat baik Ustaz Fadzil, Almarhum Subky Latif dalam buku ‘Fadzil Noor: Dia Guru, Dia Kawan’ menyatakan bahawa Ustaz Fadzil mengambil contoh dalam kisah khilafah Islam tentang perihal Hak Keistimewaan Melayu. Ustaz Fadzil mengambil contoh ketika pemerintahan Khalifah umar al-khatab setelah Parsi menerima Islam. Ketika itu golongan arab yang berdagang ke Parsi adalah gaya dan berharta manakala orang Parsi dari golongan miskin dan ada yang menjual tanah mereka kepada hartawan arab.

Jika dibiarkan orang Parsi menjual tanah kepada orang arab, satu hari nanti orang Parsi tidak bertanah. Oleh itu, Khalifah Umar menetapkan peraturan bahawa tanah orang Parsi tidak boleh dijual. Secara tidak langsung menjaga kelangsungan tanah orang Parsi.

Kisah ini menjadin contoh yang dijelaskan oleh Ustaz Fadzil dalam mesyuarat AJK PAS Pusat setelah berbangkit sama ada Hak Keistimewaan Orang Melayu wujud dalam pemerintahan Islam. Ia sekali membuktikan bahawa Ustaz Fadzil tidak menggangu kedudukan melayu meskipun tertegaknya kepimpina Muslim yang baik serta mempertahankan hak tersebut seiring perlembagaan.

Falsafah yang dibawa oleh Ustaz Fadzil ini penuh dengan hikmah apabila beliau tidak menggunakan sentimen melayu untuk mendapatkan sokongan politik semata-mata.

Pendekatan PAS hari ini yang melaksanakan kerjasama dengan Tun Dr. Mahathir yang berpaksikan sentimen melayu(setelah gagal mendapat sokongan padu masyarakat) demi meneruskan kelangsungan politik mereka.

Sebenarnya pasangan lawan yang paling ampuh kepada Tun Dr. Mahathir adalah Ustaz Fadzil Noor. Mereka bertentang selama 12 tahun. Malah ketika era Tun semakin surut, Tun pernah mengajak Ustaz Fadzil untuk bermuzakarah atas nama melayu, bagi pengamal politik ia sebagai satu langkah menaikkan semula sokongan melayu kepada Tun. Tokoh negarawan hebat terpaksa bertemu Ustaz Fadzil demi ‘survival’ politiknya. Namun tidak berlaku.

Yang ada adalah Program Khas tentang Negara Palestin yang menempatkan Ustaz Fadzil dan Tun Mahathir sepentas selain Tun Abdullah dan Tuan Guru Abd Hadi Awang di DBP. Bagi Ustaz Fadzil perjuangan berlandaskan agama dan kemanusian lebih utama berbanding sentimen kaum.

Exit mobile version