Ketua Angkatan Wanita AMANAH Nasional (AWAN) kawasan Gombak, Anfaal Saari mendesak kerajaan persekutuan membina sebuah solusi yang merangkumi peracangan menyeluruh untuk mengatasi kenaikan harga barang yang terpaksa dihadapi oleh rakyat marhaen. Ketika di temu bual oleh Selangor Today, beliau juga mahu seluruh rakyat Malaysai bangkit menyuarakan bantahan mereka atas situasi yang sedang berlaku, ini kerana, kebangkitan rakyat mampu membuka mata kerajaan untuk melakukan tindakan yang lebih berkesan pada masa akan datang. temu bula itu diadakan sempena Konvensyen AWAN Nasional yang adakan di Subang Jaya baru-baru ini.
Mengulas berkaitan Ucap Tama Ketua AWAN Selangor, Anfaal menyokong penuh saranan Rawiyiah Zakaria yang mahu seluruh jentera parti dan Pakatan Harapan bersatu padu menjalankan gerak kerjanya. Pastinya impak Langkah Sheraton menyebabkan kesepaduan PH berkocak. Namun usaha menyatukan seluruh ruang dan asep yang ada harusd dilakukan segera menuju PRU yang akan diadakan pada bila-bila masa. Anfaal yang juga Naib Ketua AWAN Nasional menambah, selain kerajaan pusat, peranan yang dimainkan oleh pimpinan negeri serta akar umbi dituntut memandangkan struktur kepimpinan di Malaysia ini mempunyai pembahagian tugas yang berbeza antara kerajaan pusat, negeri dan akar umbi.
Mengakhiri temu bual tersebut, Anfaal yang juga Ahli Majlis dibawah Majlis Perbandaran Ampang Jaya, berharap konvensyen yang diadakan itu mampu menyelarakan kepelbagaian kemahiran dan kepakaran yang ada dalam AWAN sehingga membina satu ketumbukan yang jitu untuk mempertahankan PH di Selangor serta menawan semula Putrajaya. Meski AWAN yang telah selalu melakukan perjumpaan bagi memantapkan perjalanan parti, namun konvensyen ini mempunyai roh tersendiri untuk bergerak secara berkesan.