SelangorToday

ANFAAL JELASKAN RAHSIA KEJAYAAN HARAPAN PULIHKAN TABUNG HAJI

Naib Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Nasional, Anfaal Saari berkata bahawa amalan berintegriti dan menjadi pemimpin kompeten yang ada dalam HARAPAN berjaya memulihkan keadaan Tabung Haji(TH) yang amat tenat dibawah pemerintahan UMNO-BN. Zaman gelap institusi kewangan umat Islam itu telah mendapat amaran keras daripada Bank Negara Malaysia pada tahun 2016 kerana liabiliti TH telahpun mengatasi aset TH. Anfaal menambah lagi, umum mengetahui bahawa pengurusan TH telah memanipulasikan kedudukan kewangan TH sehinggakan pada tahun 2017, TH tidak sepatutnya memberikan hibah memandangkan dalam Akta Tabung Haji 1995, hibah tidak boleh dikeluarkan apabila TH mengalami kerugian.

Naib Presiden AMANAH, Dr. Mujahid berjaya memulihkan Tabung Haji atas dasar integriti

Namun Ketua AWAN Gombak itu berkata, kehadiran Dr. Mujahid Yusof selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) ketika pemerintahan HARAPAN melaksanakan Pelan Penstrukturan dan Pemulihan Tabung Haji. Dengan prinsip dan kekuatan sebagai pemimpin yang amanah dan jujur, kedudukan kewangan TH berjaya dipulihkan dengan lebihan RM1 billion. Ia jelas apabila Laporan Audit Negara telah mengesahkan bahawa kerajaan HARAPAN berjaya memulihkan kewangan TH menerusi Penyata Kewangan Lembaga Tabung Haji bagi tahun berakhir 31 Disember 2019.

Maka amat lucu kerana walaupun telah berjaya menyelamatkan dan menstabilkan kedudukan kewangan TH, HARAPAN sering difitnah oleh pesaingnya bawaha HARAPAN lah yang merosakkan TH. Sedangkan dengan bukti laporan Ketua Audit yang dijadikan dokumen rasmi negara jelas bahawa HARAPAN melalui AMANAH berjaya memulihkan keadaan TH. Tegas Anfaal, kepimpinan yang berintegiriti dan kompeten amatlah penting untuk memastikan kemakmuran dan keharmonian negara. Inilah tawaran HARAPAN buat semua. –Selangor Today

Exit mobile version