SelangorToday

ANFAAL MAHU RUANG PENJAWAT AWAM MEMBERI PANDANGAN DIBENARKAN

Naib Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Nasional, Anfaal Saari mendesak supaya ruang bersuara diberikan kepada penjawat awam berkenaan dasar-dasar kerajaan. Anfaal berkata, memandangkan penjawat awam merupakan pelaksana dasar yang ditetapkan oleh kerajaan, mereka juga pihak akar umbi yang melihat sendiri impak penguatkuasaan sesuatu dasar, maka sewajarnya mereka diberikan ruang untuk menyatakan pandangan mereka. Sebelum ini, negara dikejutkan dengan sebaran surat tindakan tatatertib yang dikenakan kepada seorang guru yang dipercayai menegur dan mengkritik dasar pendidikan. Penularan surat tersebut, memaksa Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia serta Menteri Kanan Pendidikan yang sedang menjadi ‘care taker government’ untuk memberi maklum balas tentang situasi tersebut.

Perubahan sistem menjadi isu paling kritikal

Tambah Anfaal lagi, beliau sebenarnya tidak berhasrat untuk mengulas isu ini memandangkan isu ini akan dilihat sebagai perkara yang dipolitikkan menuju PRU ke-15, namun Anfaal perlu menyuarakan pandangannya tentang ruang bersuara yang perlu diberikan kepada penjawat awam. Kata Anfaal, penjawat awam yang paling arif berkenaan keberkesanan dasar-dasar kerajaan, kerana merekalah pelaksana dasar-dasar tersebut. Sekiranya terdapat kritikan atau kelemahan pada dasar-dasar kerajaan, mereka seharusnya dibenarkan bersuara untuk memaklumkan kepada rakyat sebagai pemegang taruh penting dalam pelaksanaan dasar.

Malah Anfaal bertegas, dasar yang berkaitan secara langsung kepada kebajikan rakyat seperti pendidikan dan kesihatanlah yang harus diberikan ruang oleh penjawat awam ini memberikan pandangan agar kesan dasar tersebut benar-benar dirasai oleh sekalian rakyat. Melarang mereka untuk memberikan maklum balas terhadap kelemahan dan kekuatan sesuatu dasar hanya membuatkan rakyat akan mengalami kesan buruk yang paling besar, manakala kerajaan kekal dengan pendekatan syok sendiri mereka. – Selangor Today

Exit mobile version