SelangorToday

ANFAAL PASTIKAN SELANGOR KOMITED BANTU MARTABAT GOLONGAN OKU

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari memberikan jaminan terhadap komitmen Kerajaan Selangor untuk memastikan kehidupan golongan OKU khususnya OKU Penglihatan di Selangor akan terus dimartabatkan. Melalui laman sosial beliau, Anfaal membuat lawatan ke Kem Jati Diri Belia Kurang Upaya Penglihatan Selangor 2023 di Kem Bina Semangat, Jalan Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu. Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam itu menerima kehadiran Anfaal selaku Exco yang bertanggungjawab dalam perihal masyarakat di Selangor.

Anfaal yang juga Naib Ketua Angkatan Wanita AMANAH Nasional dapat bertemu dan beramah mesra dengan 30 peserta kem yang merangkumi 15 orang peserta lelaki dan 15 orang lagi peserta perempuan. Program yang diperkasakan oleh penglibatan 11 orang jawatankuasa dan sukarelawan itu dianjurkan oleh Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia(MAB) bersama Jawatankuasa Tetap Kebajikan Masyarakat Selangor yang baru diterajui oleh ADN Taman Templer.

Anfaal menjelaskan, objektif program ini adalah merangsang motivasi kepada peserta dengan menerapkan jati diri dan sahsiah diri. Dalam masa yang sama, peserta akan didedahkan pelbagai aktiviti dan maklumat yang akan menjadi cabaran kepada mereka pada masa kini. Anfaal menegaskan, visi Negeri Selangor untuk melahirkan belia yang beretika dan berwawasan serta mampu berdikari untuk menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan pada masa hadapan tanpa menjadikan kekurangan dan ketidakupayaan diri sebagai halanga. – Selangor Today

Exit mobile version