
Sejumlah RM226,000 diperuntukkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer sempena Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.
Wakil rakyatnya Anfaal Saari berkata jumlah itu melibatkan sumbangan Ihya Ramadan berjumlah RM96,000 untuk diagih kepada 39 institusi agama termasuk empat masjid.
“Sempena Aidilfitri juga, kita agihkan 650 baucar bernilai RM200 kepada keluarga berpendapatan rendah, yang keseluruhannya berjumlah RM130,000.
“Pemberian baucar dibuat pada 22 Mac depan di pasar raya Sri Ternak. Ini memudahkan penerima membeli keperluan dan kelengkapan raya,” katanya.

Sempena Aidilfitri ini, sebanyak 36,350 baucar bernilai RM200 yang melibatkan peruntukan lebih RM7.2 juta bakal diagih kepada keluarga berpendapatan rendah negeri ini.
Jumlah itu merupakan sebahagian daripada RM12 juta yang disediakan bagi membantu keluarga kurang mampu untuk menyambut perayaan utama termasuk Tahun Baharu Cina dan Deepavali. -SelangorKini