SelangorToday

ANFAAL SAARI ‘THE GIANT KILLER’ MENANG DI TAMAN TEMPLER

Naib Ketua Angkatan Wanita AMANAH(AWAN) Nasional , Anfaal Saari berjaya mempertahankan kemenangan HARAPAN di DUN N15 Taman Templer pada edisi Pilihan Raya Selangor kali ini. Anfaal yang juga Ketua AWAN Kawasan Gombak meraih undi sebanyak 22,247 undi meninggalkan pesaingnya Zaidy Abdul Talib dan Aida Rahman dengan majoriti 467 undi.

Zaidi yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Selayang merupakan bekas ADN Taman Templer bagi penggal 2013 hingga 2018 sebelum dikalahkan oleh Sany Hamzan. Cuba menggunakan gelombang hijau sebagai peluang merampas kerusi miliknya kembali gagal apabila Anfaal selaku muka baru dinobatkan sebagai pemenang semalam.

Anfaal Saari sebelum ini dikhabarkan akan menggantikan kerusi milik bapanya di Hulu Kelang memandangkan beliau telah berkhidmat di sana selama 2 tahun sebagai Ahli Majlis. Namun pengumuman senarai akhir calon AMANAH bagi PRN Selangor telah mempertaruhkan keupayaan beliau di kerusi Taman Templer. Kerusi yang dianggap kelabu atau 50-50 sedikit mengganggu tumpuan HARAPAN pada permulaannya, namun bertambah baik masuk pada minggu kedua kempen. – Selangor Today

Exit mobile version