SelangorToday

ANFAAL UMUM PERMOHONAN BINGKAS DIBUKA, SASAR 30,000 PENERIMA

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari hari ini mengumumkan permohonan baru untuk Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) telah pun dibuka mulai hari ini 5 Julai 2024. Beliau memaklumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju untuk meluaskan sasaran penerima bantuan tersebut kepada isi rumah berpendapatan bawah RM5,000 berbanding sebelum ini hanya isi rumah berpendapatan bawah RM3,000. Anfaal turut memaklumkan bantuan tersebut menawarkan bantuan RM300 setiap bulan selama 24 bulan.

Timbalan Ketua Wanita AMANAH itu menjelaskan, sejak bantuan ini diperkenalkan pada tahun 2018, BINGKAS  berjaya menjadi inisiatif yang mampu meringankan beban kos sara hidup rakyat Selangor. Kerajaan negeri juga telah memperuntukkan RM108 juta untuk bantuan ini dengan sasaran 30,000 penerima manfaat seluruh Negeri Selangor. Katanya, seiring dengan peruntukkan itu, BINGKAS menjadi inisiatif bantuan kewangan yang terbesar berbanding negeri-negeri lain.

Anfaal yang juga ADN Taman Templer yang mengumumkan hal tersebut dalam satu sidang media selepas tamatnya Sidang Dewan Negeri Selangor sebentar tadi menambah ke semua syarat – syarat permohonan BINGKAS sama seperti sebelum kecuali pendapatan isi rumah. Pemohon mestilah warganegara yang mengundi di Selangor, bermastautin di Selangor dan mempunyai sekurang-kurangnya dua orang anak berumur 18 tahun kebawah. Bantuan yang dilaksanakan ini selaras dengan seruan Dato Menteri Besar Selangor untuk membasmi kemiskinan di Selangor. –SelangorToday

Exit mobile version