SelangorToday

ANGKAT SUARA ANAK MUDA, AMANAH HANTAR KP KE DEWAN NEGARA

Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Hasbie Muda dilantik sebagai AhIi Dewan Negara.

Untuk rekod, Hasbie pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Parlimen Temerloh namun tewas.

Beliau juga Pengarah Biro Pendidikan Politik Pemuda AMANAH Nasional dan Naib Pengerusi AMANAH Terengganu.

Sementara itu, Setiausaha Agung AMANA, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli juga dilantik sebagai Ahli Dewan Negara yang membawa gelaran Senator.

Dr Hatta berusia 66 tahun merupakan anak kelahiran Kampung Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak yang pernah memegang portfolio sebagai Timbalan Menteri Pembangunan dan Usahawan pada 2018 sehingga 2020.

Dalam perjalanan politiknya, beliau juga adalah Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan dan pernah menjadi Pengarah Pilihanraya pada 2015 sehingga 2018.

Berkelulusan Sarjana Kesihatan Awam daripada National University of Singapore (NUS), beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Lumut pada 2018 sehingga 2022 dan Ahli Parlimen Kuala Krai dari 2008 sehingga 2018.

Kedua-dua mereka merupakan lantikan Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa mulai 20 Mac.

Mereka merupakan antara 16 Senator yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim hari ini.

Antaranya ialah bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mewakili Labuan berkuat kuasa hari ini dan Amir Ghazali yang merupakan pilihan DUN Pulau Pinang berkuat kuasa 7 Mac lalu.

Turut dilantik bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan berkuat kuasa hari ini.

Sidang Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 Dewan Negara dijadual bermula esok (21 Mac) sehingga 6 April bermula pukul 10 pagi.

Exit mobile version