SelangorToday

ANIS SARAN IBUBAPA KENALPASTI PERKEMBANGAN ANAK DENGAN SARINGAN PERCUMA

Jabatan Anak Istimewa Selangor (Anis) mengadakan program saringan dan pengesahan kanak- kanak berkeperluan khas secara percuma sepanjang tahun ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan inisiatif tersebut bagi membantu ibu bapa yang mempunyai anak lewat perkembangan seperti lambat bercakap dan sebagainya.

“Anak anda mempunyai masalah lewat perkembangan seperti lambat bercakap dan sebagainya? ingin tahu lebih lanjut mengenai masalah tersebut melalui saringan ujian awal oleh pakar? yang paling penting, ianya percuma.

“Warga Selangor jangan lepaskan peluang anda untuk mengisi maklumat anak anda melalui pautan https://www.anisselangor.com/saringan supaya kami boleh mendapatkan maklumat anak anda,” katanya.

Anis memaklumkan program saringan yang dilaksanakan secara sekali khusus untuk kanak-kanak yang tidak pernah melalui sebarang saringan atau rujukan daripada doktor pakar.

“Rumusan laporan dari sekumpulan pakar dari pelbagai bidang akan diberikan kepada para ibu bapa untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Exit mobile version