SelangorToday

MEJA PENGARANG | ANTARA POLEMIK DAN REALITI : PERIHAL WATERJET

Baru-baru Pemuda AMANAH Nasional telah menggerakkan jentera di Shah Alam dan Hulu Langat bagi mnembantu mangsa banjir yang dalam kesusahan. Bermula dengan dapur rakyat yang menumpukan usaha menyediakan makanan siap masak kepada mangsa banjir di Shah Alam sehinggalah operasi membersihkan rumah-rumah yang terjejas akibat banjir hujung minggu lalu. Pemuda seluruh negara berpusu-pusu dan silih berganti hadir memberikan bantuan sama ada bantuan tenaga, kewangan mahupun barangan.

Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Sdr. Mohd Hasbie Muda yang perlu berada disamping isterinya bagi menyambut kelahiran anak keempatnya tetap menyelaras dan memantau gerak kerja Pemuda AMANAH dari Terengganu. Dalam kesibukan dan ketekunan semua pihak khususnya Pemuda AMANAH melaksanakan gerak kerja bersepadu di sekitar Lembah Klang, iklan memohon sumbangan kewangan oleh Pemuda AMANAH untuk WaterJet bernilai angaran RM1000 itu menjadi isu hangat diperkatakan di pelbagai platform sosial media. Persepsi sebahagian kecil netizen ketika itu adalah Pemuda AMANAH meletakkan harga anggaran yang tinggi supaya pihak Pemuda AMANAH mendapat lebihan sumbangan tersebut untuk digunakan buat kepentingan parti.

Pelbagai dakwaan termasuk kecaman yang dilemparkan kepada Pemuda AMANAH akibat mainan persepsi pihak tertentu. Kata sesetangah netizen, Waterjet bernilai RM200 sudah mencukupi untuk menjalankan gerak kerja. Benar, Waterjet bernilai RM200 juga mampu berfungsi, namun jika kita menilai mengikut lapangan, usaha membersihkan rumah ini bukanlah hanya sebuah rumah, malah berpuluh-puluh. Lebih menekankan lagi apabila lumpuh pekat dan tinggi tersadai dalam dan luar rumah mangsa. Boleh jika nak digunakan Waterjet RM200 itu, mungkin tidak lama kerana ia bukan dari kategori ‘heavyduty’ yang mana operasi pembersihan banjir ini memerlukan Waterjet Heavyduty atau pun jenis tahan lasak. Maka Pemuda AMANAH meletkkan anggaran harga bagi jenis heavyduty supaya ia boleh digunakan untuk banyak rumah yang terlibat.

Kata Ketua Pemuda AMANAH Selangor, Sdr. Danial Harun Al-Rashid, jika ada penyumbang mahu menyumbang Waterjet bernilai RM200 kita tetap menerima dan menggunakannya, ia tidak menjadi masalah, cuma jika kami dapat mencari sumbangan untuk nilai yang lebih tinggi supaya Waterjet Heavyduty dapat dibeli, ia lebih membantu. Bagi Sdr. Hasbie pula, bagus juga persepsi itu dimainkan oleh pihak tertentu, ia telah menjadikan Pemuda AMANAH dan pemohonan sumbangan ini mendapat publisiti secara tidak langsung. Dengan publisiti itu, lebih ramai orang yang melihat isu ini secara positif akan memberi sumbangan kepada Pemuda AMANAH.

Begitulah hakikat yang kita perlu lihat dalam sesuatu itu. Melihat dengan mata realiti dan penuh Ehsan, mampu memadamkan polemik kebenciaan dan was-was. Kita yakin, usaha ini akan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Insya Allah.

Tahniah Pemuda AMANAH Nasional

Oleh,

Cikgu Syazmir HN

Exit mobile version