SelangorToday

ANWAR IBRAHIM LANCAR SUKARELAWAN SELANGOR DI SHAH ALAM

Pada 6 Februari yang lalu, Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia telah melancarakan Penubuhan Sukarelawan Selangor (SERVE) yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Ahli Parlimen Port Dickson itu di Majlis Apresiasi Sukarelawan Selangor bertempat di Shah Alam, Selangor.

Anwar Ibrahim ketika sedang menunggu acara bermula

Ketika menyampaikan ucapannya, Anwar menceritakan bahawa semasa banjir besar yang melanda Selangor tahun lalu, menampakkan penampilan anak-anak muda sebagai sukarelawan yang membantu mangsa-mangsa banjir. Antara usaha yang dilakukan oleh anak-anak muda ini adalah membersihkan rumah yang kotor, membantu membawa mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara dan menyediakan makanan kepada mangsa dan petugas banjr. Oleh itu, Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor (Amiruddin Shari) serta Exco berkaitan (Khairuddin Othman) untuk mewujudkan Sukarelewan Selangor.

Tambah beliau, ia merupakan kesinambungan anak-anak muda yang turun membantu mangsa banjir di Selangor. Oleh itu, ia berperanan meringankan beban dan deita masyarakat selain melahirkan sifat kemanuisaan dalam diri ahlinya. Majlis Apresiasi Sukarelawan Selangor itu meraikan 700 ahli (SERVE) yang terlibat kerja pascabanjir baru-baru ini.

Exit mobile version