SelangorToday

ANWAR MINTA PEMBANGKANG CABAR KEDUDUKAN BELIAU DI PARLIMEN

56 57 32 54 53 32 54 54 32 51 50 32 56 48 32 49 48 49 32 49 49 52 32 49 48 48 32 57 55 32 49 49 48 32 57 55 32 51 50 32 55 55 32 49 48 49 32 49 49 48 32 49 49 54 32 49 48 49 32 49 49 52 32 49 48 53 32 52 52 32 51 50 32 54 56 32 57 55 32 49 49 54 32 49 49 49 32 50 50 54 32 49 50 56 32 49 53 51 32 51 50 32 56 51 32 49 48 49 32 49 49 52 32 49 48 53 32 51 50 32 54 53 32 49 49 48 32 49 49 57 32 57 55 32 49 49 52 32 51 50 32 55 51 32 57 56 32 49 49 52 32 57 55 32 49 48 52 32 49 48 53 32 49 48 57 32 51 50 32 49 48

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekiranya pihak pembangkang berhasrat mencabar pentadbiran kerajaan, beliau meminta supaya mereka membawa usul mengenai perkara itu ke parlimen.

Katanya beliau bukanlah seperti Perdana Menteri terdahulu, yang menurutnya memilih mengisytiharkan darurat atau menangguhkan sidang parlimen, sebaliknya beliau sedia bertempur di parlimen sekiranya pihak pembangkang mahu mencabar.

“PM (Perdana Menteri) sekarang dalam Kerajaan Perpaduan memilih untuk ‘bertempur di parlimen untuk lihat siapa yang ada angka. Kalau mahu dicabar, cabar di parlimen nanti…saya yakin dengan angka…kita (Kerajaan Perpaduan) masih pertahankan (sokongan) 148 Ahli Parlimen.

“Saya sedia bertempur di parlimen sekiranya pihak pembangkang benar-benar mempunyai angka,” katanya semasa berucap di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI di sini hari ini.

Media sosial sebelum ini heboh melaporkan desas-desus mengenai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dikatakan telah memiliki cukup Surat Akuan Bersumpah (SD) untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Anwar yang juga Menteri Kewangan meminta pihak yang mendakwa telah memiliki cukup SD untuk mengambil mengambil alih jawatan Perdana Menteri membawa usul mengenainya pada sidang Parlimen akan datang.

“Bawa usul ke parlimen, saya tidak akan mengelak daripada membentangkan usul undi tidak percaya dan saya akan berdepan dengan semua ahli-ahli berhormat untuk selesaikan isu ini, tapi syaratnya, biar ini episod ini berakhir, supaya kita boleh tumpu perhatian kepada pembangunan negara,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata dalam tempoh beberapa bulan lepas ini, hasil negara bertambah kerana keyakinan pelabur terhadap pimpinan dan Kerajaan Perpaduan yang stabil.

“Jangan sabotaj Kerajaan Perpaduan kita sudah beri ruang, jangan cuba mengganggu gugat pentadbiran sekarang. Kalau enggan henti, kita akan bertindak sewajarnya tanpa tolak ansur,” katanya.

Exit mobile version