SelangorToday

ANWAR SAHKAH BUKAN GUAN ENG BATALKAN KELULUSAN PENGECUALIAN CUKAI YAYASAN ALBUKHARY

Kerajaan menafikan tuduhan bahawa bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary.

Mengesahkan kepada Dewan Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Yayasan Al Bukhari telah diberikan kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53), yang dikecualikan daripada cukai pendapatan.

Bagaimanapun, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kelulusan pembatalan pengecualian cukai kepada yayasan itu telah dibuat pada 25 Februari 2021.

“Kerajaan mengesahkan dari rekod Kementerian Kewangan bahawa YB Bagan semasa menjawat Menteri Kewangan tidak pernah membuat pembatalan kepada kelulusan percukaian sebelumnya, yang didakwa diberikan kepada Yayasan Albukhari.

“Maka dakwaan yang dibuat bahawa beliau membatalkan pengecualian adalah tidak benar, kerana hakikatnya kelulusan hanya dibuat pada 25 Februari 2021, iaitu kelulusan cukai yang di luar kebiasaan yang melibatkan kedua-dua Yayasan Albukhari dan kumpulan AlBukhari,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Exit mobile version