SelangorToday

APA YB BUAT SEHINGGA 10 MALAM DI DEWAN RAKYAT SEMALAM? INI JAWAPANNYA

Semalam 9 Oktober 2023, hari pertama sidang parlimen menangguhkan sidangnya pada pukul 10 malam. Selain sesi soal jawab lisan antara kerajaan dan pembangkang, ada tiga urusan mesyuarat yang telah dijalankan. Sesi pertama adalah penerangan keadaan Palestin akibat tercetus perang beberapa hari yang lalu. Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mewakili kerajaan membentangkan situasi disana sebelum dibahaskan oleh ahli parlimen. Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan mewakili AMANAH dalam perbahasan menyeru semua pihak untuk menyokong rakyat Palestin dan mahu semua badan antarabangsa termasuk ASEAN, OIC dan PBB mengadakan sidang tergempar bagi menunjukkan solidariti kepada negara Palestin. Cadangan tersebut mendapat sokongan ahli parlimen lain termasuk daripada pembangkang.

Pada sesi kedua pula, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu diberikan peluang untuk membentangkan keadaan terkini bekalan beras dalam negara. Mohamad menjawab dengan menyatakan bahawa PERNAS agensi yang membantu dibekalang tabir. Mereka kurang memberikan kenyataan media kerana tugas itu dilaksanakan oleh pihak kementerian sendiri. Sebaliknya apabila ditanya tentang faktor premis kerajaan telah menyebabkan kekurangan beras tempatan dalam pasaran, Mohamad memaklumkan bahawa kementeriannya telah mengarahkan pihak premis kerajaan menggunakan beras import dalam operasi mereka atas bantuan daripada kerajaan. Tindakan ini membolehkan beras tempatan kembali pulih dalam pasaran semasa.

Pada sesi ketiga pula, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi telah membentangkan keadaan semasa masalah jerebu yang melanda negara. Beliau memaklumkan Operasi Pembenihan Awan akan dilakukan sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin merosot iaitu mencecah 151 hingga 200 melebihi 24 jam. Menurut Nik Nazmi, kementeriannya telah memulakan langkah-langkah kesiapsiagaan sejak awal tahun demi memastikan dapat memberikan perkhidmatan yang cekap kepada rakyat bagi menghadapi fenomena jerebu.

Sesi seterusnya sidang diberikan ruang untuk membahaskan isu Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia(LTAT). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata Penstrukturan semula Boustead Holdings Bhd penting bagi membolehkan LTAT mengurangkan kebergantungan pendapatan daripada syarikat tersebut. Beliau berkata pengurangan pemegangan dalam Boustead akan memberi impak positif jangka panjang kepada LTAT yang menguruskan dana pencen untuk angkatan tentera itu. Akhirnya sesi terakhir adalah isu reformasi penjara dan pusat tahanan. Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata sedang meneliti secara serius cadangan pelaksanaan hukuman tahanan rumah dalam usaha mengurangkan kadar kesesakan di penjara. berkata ia adalah antara inisiatif reformasi penjara yang sedang dilaksanakan Jabatan Penjara. – SelangorToday

Exit mobile version