RABU | 5 Januari 2022
Sejak banjir yang melanda Shah Alam Bulan lalu, Skuad ARIF Shah Alam tanpa henti terus membantu dan komited dalam aktiviti pembersihan melibatkan kawasan banjir di sekitar Shah Alam.Tanpa kenal erti penat dan lelah Skuad ARIF Shah Alam terus memberikan komitmen yang tinggi dalam membantu mangsa banjir membersihkan rumah mereka yang terjejas teruk akibat banjir.
Selain daripada Operasi Pembersihan, ARIF Shah Alam juga turut terlibat dalam menghantar bantuan keperluan asas seperti pek makanan, tilam dan sebagainya. Rata-rata warga shah alam yang ditemui berpuas hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada ARIF Shah Alam dan YB Khalid Samad serta semua pihak yang membantu secara langsung dan tidak langsung sepanjang musibah banjir yang berlaku baru baru ini.