SelangorToday

‘ATAS NAMA MELAYU ISLAM, MEREKA PERANGKAP MINDA MELAYU’ – MOHAMAD SABU

KUANTAN, 14 Feb -- Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menjawab pertanyaan para pengamal media selepas melawat Kem Tentera Darat Batu 10 dan Pangkalan Udara Kuantan hari ini. -- fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menempelak golongan kluster mahkamah yang telah berjaya menggunakan sentimen melayu Islam untuk memerangkap minda orang-orang melayu. Kesan langkah itu, BN berjaya memenangi kerusi yang banyak dalam Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor. PH pula hanya mendapat 9% sokongan orang melayu dalam dua siri PRN tersebut. Tambah Mohamad lagi, meski PH bukanlah gabungan yang mempunyai pengalaman memerintah, namun PH telah berjaya menurunkan kedudukan Malaysia dalam indeks korupsi antarabangsa. Tetapi selepas PH tumbang, indeks tersebut kembali meningkat.

Mohamad Sabu, Bekas Menteri Pertahanan

Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan itu berucap dalam acara Sidang Nadi Rakyat yang diadakan pada Sabtu. Tambah Mohamad lagi, kepekaan orang-orang melayu dalam isu rasuah sangat rendah. Situasi tersebut juga menyebabkan penilaian sesuatu isu menggunakan hujah kalah dengan persepsi. Kedua-dua bekas dan Presiden UMNO yang terbukti kaya-raya senang lenang hanya dengan menggunakan sentimen orang melayu.

Bekas Menteri Pertahanan itu juga berkata, meski Parlimen Pekan mempunyai wakli rakyat bertaraf orang nombor satu negara, namun rakyatnya masih duduk dalam kemiskinan. Adakah ini yang rakyat mahukan dalam politik? Soal Mohamad. Akhirnya, Mohamad mengingatkan bahawa Malaysia lebih kurang sama dengan Sri Langka. Demograsi dan kedudukan politik di sana juga mirip di Malaysia. dengan amalan rasuah yang merebak luas di Sri Langka sehingga menjadi muflis, adakah Malaysia mahu menjadi seperti Sri Langka?

Exit mobile version