SelangorToday

AURA MAHA KE-100 MULA DIRASAI, PENGUNJUNG MULA MEMBANJIRI MAEPS

LAPORAN KHAS | Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia bagi edisi 2024 mula terasa kehangatannya apabila pengunjung mula membanjiri pameran tersebut yang diadakan di MAEPS, Serdang. Pameran yang memasuki tahun ke-100 itu baru memasuki hari ketiganya hari ini, namun beberapa inisiatif baru diambil oleh pihak penganjur memandangkan jumlah pengunjung telah pun melebihi jangkaan awal. 

Semalam Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad bin Sabu telah meminta sekretariat penganjuran untuk memperluaskan ruang solat jumaat yang disediakan, hal ini demikian kerana, pengunjung yang ingin solat jumaat di sana terpaksa duduk di luar kawasan yang disediakan akibat ruang yang tidak mencukupi. Hari ini pula, Presiden Parti AMANAH itu membuat pengumuman untuk membatalkan semua caj tempat letak kereta yang sebelum ini dikuatkuasakan. Ini dipercayai disebabkan oleh pengenaan caj tersebut menyebabkan kesesakan yang melampau untuk memasuki kawasan MAHA sejak ia bermula. Dua langkah awal yang diambil ini menunjukkan jumlah pengunjung yang hadir bagi peringkat awal telah pun melebihi jangkaan awal yang ditetapkan. Penganjur juga meyakini bahawa jumlah pengunjung akan bertambah menjelang minggu kedua program.

Disamping itu, melalui media sosial seperti TikTok dan Instagram, pengunjung telah memuat naik aktiviti menarik dan tips untuk mengunjungi MAHA kali ini. Rata-rata mereka berpuas- hati dengan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan sementara pelbagai aktiviti menarik sepanjang MAHA berlangsung. Pengunjung berpendapat bas yang disediakan bagi setiap stesen yang ada di MAHA salah satu kemudahan yang amat berguna buat pengunjung bagi memastikan pengunjung tidak sesat dan dapat melihat semua pameran yang disediakan. Malah pengunjung melihat pameran ini tidak mencukupi jika dikunjungi sehari sahaja, ia perlu dihadiri lebih sehari untuk mencukupi semua pameran yang ada. 

Dijangka banyak aktiviti menarik bakal disediakan sehingga 22 September ini. Baru-baru ini, kumpulan pop rock terkemuka era 90an, SLAM telah mengadakan persembahannya di MAHA 2024 sebagai persembahan sulung acara tersebut. Momentum yang hangat serta jumlah pengunjung yang ramai dijangka akan meningkat sehingga penutup MAHA 2024 kelak. Ia juga bertitik-tolak daripada perasmian acara tersebut oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebentar tadi. – SelangorToday

Exit mobile version