SelangorToday

AWAN GOMBAK TURUN SEHARIAN KE POBA PUCHONG

Rombongan AWAN Gombak yang diketuai oleh Puan Anfaal Saari telagh turun ke Pusat Operasi Bencana Alam (POBA) Puchong bagi membantu gerak kerja sama ada Operasi Pembersihan Rumah Banjir mahupun penyediaan makanan untuk mangsa banjir.

POBA Puchong yang terletak di Dewan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Kampung Seri Aman, Puchong itu menempatkan segala peralatan dan aktiviti penyusunan semula dan pemulihan bencana banjir yang berlaku di sana.

Kordinator POBA disana, Tuan Fauzan Rosli telah diarahkan untuk menyelaraskan segala aktiviti di sana dan meyusun sukarelawan agar mereka diberikan tugas yang sewajarnya untuk membantu mangsa banjir.

Rombongan AWAN Gombak itu melibatkan 9 orang ahli yang ditugaskan untuk membungkus makanan bagi diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Turut bersama dalam rombongan tersebut ialah Ketua Biro Kemanusiaan, Kebajikan dan Bencana Alam, Dato Jamaludin Hashim dan juga Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) Hulu Kelang, Puan Rosmayana Abd Rahim.

Oleh,

Cikgu Syazmir HN

 

 

Exit mobile version