SelangorToday

AWAN SELANGOR AKAN TERUS KOMITED TERJEMAH PERJUANGAN WANITA DI SELANGOR

Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara(AWAN) Selangor, Rawiyiah Zakaria menegaskan AWAN Selangor akan terus komited dalam memperjuangkan perihal wanita di Selangor dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan Selangor kali ini. Beliau menjelaskan dalam PRN beberapa bulan yang lalu, AWAN merupakan sayap utama AMANAH yang bergerak membuat culaan dan kempen rumah ke rumah bagi memenangkan semua calon PERPADUAN khususnya di Selangor, hal ini bertujuan bagi memastikan semua calon yang diberikan peluang akan menang termasuk calon wanita daripada AMANAH. Kesannya, AMANAH merupakan parti komponen PERPADUAN kedua selepas DAP yang mempunyai peratus Wanita yang menang dalam PRN kali ini.

Rawiyiah yang juga Ahli Majlis di Majlis Perbandaran Kajang menambah AWAN Selangor menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor kepada pelantikan ADN Taman Templer, Anfaal Saari yang diberi tanggungjawab menjadi Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor. Katanya melalui pelantikan ini serta kerja keras yang telah dilaksanakan oleh bekas Exco Wanita Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud akan memberdayakan keupayaan AWAN di Selangor merangkumi 22 kawasan menterjemahkan aspirasi dan perjuangannya kepada masyarakat. Mengulas kerjasama dengan BN dalam PRN lalu, Rawiyiah berkata itu adalah salah satu strategi yang paling baik sehingga berjaya memastikan PERPADUAN kekal memerintah di Selangor.

AWAN Selangor turut mengecam tindakan sebilangan penyokong pembangkang yang mempermainkan cerai talak sebagai alat politik. Kata Rawiyiah, PN selalu mempergunakan wanita sebagai mangsa politik sehingga menjadi satu amalan ketaksuban kepada penyokong mereka. Oleh itu, Rawiyiah mengharapkan para asatizah dan ilmuwan memainkan peranan untuk memberikan pencerahan kepada masyarakat. Proses pencerdikan ini perlu dijadikan agenda utama khususnya dalam AMANAH supaya medan politik itu sentiasa menjadi medan pertempuran idea dan wawasan bukan lagi sentiman dan peribadi. – Selangor Today

Exit mobile version