SelangorToday

AWAN SELANGOR ANTARA PENYUMBANG PEMBANGUNAN WANITA DI SELANGOR – RAWIYIAH

Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara(AWAN) Selangor, Rawiyiah Zakaria berkata sayap kanan Parti AMANAH Selangor itu merupakan organisasi yang menjadi penyumbang idea dan tenaga kerja dalam pembangunan golongan wanita di Negeri Selangor.

Dalam ucaptama beliau ketika Konvensyen AWAN Selangor 2024 di Shah Alam sebentar tadi, Rawiyiah menjelaskan Akedemi Kepimpinan Wanita(AKW) Selangor merupakan inisiatif yang dilaksanakan melalui agensi dibawah Kerajaan Negeri iaitu Wanita Berdaya Selangor. Melalui WBS yang berperanan sebagai ‘paip bakat’ untuk melahirkan lebih ramai pemimpin wanita di Selangor telah melahirkan 280 graduan dan 17% daripadanya telah memegang jawatan penting dalam organisasi kerajaan negeri, ahli majlis dan pemimpin NGO.

Manakala bagi penglibatan wanita dalam politik di Selangor, beliau yang juga Pemangku Ketua Pengarah Eksekutif WBS menambah satu program yang dinamakan Sidang Wanita Selangor atau SIWANIS sedang berjalan. Program simulasi sidang Dewan Negeri Selangor melibatkan wanita itu menyasarkan perwakilan wanita di Dewan Negeri Selangor sebanyak 50% dalam jangka masa panjang.

Disamping itu, AWAN Selangor menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan MADANI dibawah pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim atas terlaksananya janji Wanita Pakatan Harapan apabila Rang Undang-Undang Perlembagaan(Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan berjaya diluluskan d Dewan Rakyat. Pindaan ini mampu merungkai pelbagai persoalan khususnya anak yang dilahirkan di luar negara sedangkan ibunya adalah warganegara manakala bapanya adalah warga asing.

Usaha yang dilakukan secara konsisten oleh Aiman Athirah Sabu selaku Ketua AWAN Nasional dan Ketua Wanita HARAPAN dihargai oleh AWAN Selangor. – SelangorToday

Exit mobile version