SelangorToday

AWAN SELANGOR KOMITED BANTU MANGSA BANJIR

28 Disember 2021, Program Ziarah Medik Pakatan Harapan menyantuni mangsa banjir di mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara  Langat Murni, Kg Bukit Canggang dan Labuhan Dagang. Program tersebut telah disertai oleh Sanator YB Aiman Athirah Al Jundi merangkap ketua awan Nasional, Puan Rawiyiah Zakaria, Ahli Majlis MPKJ merangkap Ketua Ketua Awan Selangor, Puan Hidayah Ramli, Ahli Majlis MPKJ merangkap Timbalan AWAN Selangor serta beberapa pimpina AWAN akar umbi.

Selain itu, di Meru pada 6 Januari 2022, AWAN Selangor telah menyampaikan sumbangan yang dikumpulkan bersama NGO-NGO yang menyumbang kepada mangsa banjir disana. Antara barang yang disampaikan ialah tilam toto, telekung tudung, bakul makanan dan periuk nasi.

Sementara di Kuala Langat, Puan Nor Aishah dan Puan Rogayah anggota pimpinan AWAN Kuala Langat telah bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir sekitar kampung Melayu Pekan Banting. Sesungguhnya AWAN Selangor mengorak langkah lebih aktif dalam menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir yang terkesan di Selangor.

Exit mobile version