Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Selangor, Rawiyiah Zakaria menyokong penuh usaha Wanita HARAPAN Malaysia melancarkan Iltizam Wanita HARAPAN hujung minggu lalu. Iltizam yang dilancarkan sempena Pelancaran Jentera Wanita HARAPAN Malaysia itu mengetengahkan aspirasi dan tawaran yang dikemukakan oleh Wanita HARAPAN untuk semua kelompok terkait wanita jika HARAPAN membentuk kerajaan di Putrajaya. Kata Rawiyiah, ini membuktikan kesungguhan dan semangat HARAPAN dalam memimpin negara ini tanpa mendiskriminasi kedudukan wanita sebagai teras negara.
Tambah Rawiyiah lagi, tekad Wanita HARAPAN untuk komited terhadap isu-isu yang berkaitan dengan golongan rentan terutamanya wanita, kanak-kanak dan OKU. Ia telah ebrjaya diterjemahkan melalui pelaksanaan dasar di semua negeri pimpinan HARAPAN iaitu di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Contohnya di Selangor sendiri, pelbagai inisiatif berjaya dilaksanakan diantaranya adalah KISS, Bingkas, inisiatif perniagaan untuk wanita dan SMUE. Dengan pelaksanaan iltizam Wanita ini, AWAN Selangor benar-benar mengharapkan agar seluruh golongan ini dapat menikmati faedah serta dasar yang sama.
Akhirnya Rawiyiah berkata, sudah tiba masanya rakyat membuat pilihan terbaik memilih pemimpin terbaik untuk mereka serahkan mandat menerajui kerajaan yang makmur, adil, beramanah dan rahman buat semua. HARAPAN telah membuktikan banyak dasar yang cakna wanita telah berjaya dilaksanakan walaupun hanya memerintah 22 bulan. Oleh itu wajar orang ramai memberikan sokongan kepada HARAPAN dalam PRU kali ini. – Selangor Today