SelangorToday

Azli Seru Pilih Calon Nombor 4 Pakatan Harapan di Sulabayan

SULABAYAN, — Pada malam terakhir kempen sebelum hari pengundian, Ahli Parlimen Shah Alam, YB Azli Yusof, menyeru pengundi Sulabayan untuk membuat pilihan tepat dengan mengundi calon nombor 4 Pakatan Harapan, Ustaz Zulfikar Ab Mijan, dalam Pilihan Raya DUN Sulabayan.

Azli melahirkan rasa lega melihat semangat pengundi yang sudah bersedia menunaikan tanggungjawab esok, namun menegaskan bahawa sokongan kepada calon PH amat penting bagi memastikan suara rakyat Sulabayan dibawa dengan berkesan.

Menurut Azli, sebahagian besar pengundi kali ini terdiri daripada pengundi muda berusia 18 tahun ke atas yang pertama kali mengundi.

“Ramai anak muda belum ada pengalaman memilih wakil rakyat. Ibu bapa perlu ingatkan mereka keluar mengundi esok kerana ini tanggungjawab setiap warganegara,” katanya.

Beliau menekankan bahawa anak muda memerlukan seorang wakil rakyat yang mudah ditemui, mendengar suara mereka dan mampu membantu dalam isu pekerjaan, pendidikan serta ekonomi setempat.

Azli memperkenalkan Ustaz Zulfikar sebagai calon terbaik untuk Sulabayan kerana beliau ialah anak tempatan yang memahami realiti hidup masyarakat setempat — termasuk nelayan, petani, usahawan kecil serta golongan berpendapatan rendah.

“Ustaz Zulfikar sudah lama bersama rakyat di sini. Dia tahu masalah sekolah, mahasiswa, isu pembangunan, kesihatan, pertanian, perikanan. Dia boleh bawa suara Sulabayan ke Dewan Undangan Negeri,” jelas Azli.

Azli turut menekankan keperluan Sabah, termasuk Sulabayan, untuk bergerak seiring dengan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Negeri Sabah tidak boleh terpisah daripada kerajaan pusat. Hanya dengan kerjasama erat barulah pembangunan dapat dilaksanakan dan tuntutan MA63 dapat dipenuhi,” katanya.

Di akhir ucapannya, Azli membuat gesaan jelas:

“Besok, pilih calon nombor 4 — Pakatan Harapan. Pilih Ustaz Zulfikar untuk masa depan Sulabayan.”

Beliau berharap semua pengundi, terutamanya anak muda, turun mengundi demi menentukan masa depan kawasan mereka.

Exit mobile version