Site icon SelangorToday

AZLI YUSOF, CALON HARAPAN SHAH ALAM KOMITED BINA LEBIH BANYAK KEMUDAHAN KESIHATAN

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Shah Alam mahu menambah kemudahan kesihatan di bandar raya berkenaan jika menang kerusi tersebut.

Azli Yusuf menjelaskan beliau kerap menerima aduan penduduk yang mahu lebih banyak klinik dibina berikutan kepadatan penduduk agak tinggi.

“Saya bercadang mahu bangkitkan penambahan klinik kesihatan kerana hanya ada dua iaitu di Seksyen 7 dan 19,” katanya selepas menyerahkan borang penamaan calon di Seksyen 19 di sini, semalam.

Calon HARAPANParlimen Shah Alam Azli Yusuf pada hari penamaan calon di Dewan Besar Teratai MBSA, Seksyen 19, Shah Alam

Beliau juga mahu memastikan tiada penduduk terpinggir sebaliknya semuanya membangun seiring status bandar raya itu

“Ada beberapa isu yang saya akan perjuangkan terutama berkaitan kos sara hidup yang membelenggu golongan berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya.

Azli bersaing dengan Dr Afif Bahardin (Perikatan Nasional), Isham Jalil (Barisan Nasional) dan Rafique Rashid (Pejuang).

Exit mobile version