Azmin Ali selaku bekas Menteri Besar Selangor dan pembantunya Hilman Idham merupakan pihak yang gagal menangani isu pentadbiran Kampung Sri Makmur memandangkan isu ini berlarutan ketika mereka mentadbir Selangor. Setiuasaha Politik Menteri Besar Selangor, A. Rahim Ahmad Kasdi berkata, penduduk Kampung Sri Makmur dibiarkan dalam keadaan tidak menentu ekoran penyelesaian yang gagal dicapai pada tahun 2016. Namun Menteri Besar Selangor sekarang, Amirudin Shari telah mengambil inisiatif untuk membangunkan kawasan tersebut.
Jelas Rahim lagi, seramai 21 keluarga setinggan asal di Kampung Sri Makmur menerima tawaran rumah mampu milik, Rumah SelangorKu Seri Temenggung. Rumah yang ditawarkan itu berkeluasan 750 kaki persegi pada harga subsidi RM65,000. Penyelaras Pusat Khidmat DUN Gombak Setia itu turut menambah, keluarga yang turut menerima bayaran kos pemindahan rumah sebanyak RM1,000 itu merupakan keluarga yang telah disahkan oleh Pejabata Daerah dan Tanah Gombak hasil bancian 2006 dan 2016.
Rahim berkata Amirudin sejak 2018 yang menerajui Selangor memutuskan supaya tanah tersebut dibangunkan secara tersusun. Justeru pada 2020, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS) telah menjualnya. Kemudian, Majlis Perbandaran Selayang(MPS), PTG Gombak dan PKNS diarah menyemak senarai bancian untuk mengenal pasti penduduk asal bagi mengelakkan mana-mana pihak mengambil kesempatan. – SelangorToday