Sambutan tahun baru 2022 Negeri Selangor telah disambut dengan acara Bacaan Yasin serta majlis Doa Selamat yang diadakan di Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 31 Disember 2021. Majlis yang diadakan itu dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sambil menunaikan solat maghrib di sana.
Negeri Selangor yang dilanda banjir pada pertengahan disember 2021 yang lalu telah memberi kesan buruk kepada ramai rakyat di Negeri Selangor. Banjir yang melanda hampir 3 per 4 dari keseluruhan Negeri Selangor itu telah menyebabkan lebih banyak perkara yang perlu dipulihkan khususnya peranan kerajaan Negeri membantu mereka.
Oleh itu, bagi menghormati bencana yang melanda serta menumpukan kepada usaha pemulihan, kerajaan Negeri mengumumkan bahawa sambutan tahun baru anjuran kerajaan negeri diganti dengan Bacaan Yasin dan Majlis Doa Selamat.
Dalam ucapan sempena tahun baru 2022, Menteri Besar Selangor yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Selangor itu berikrar kerajaan negeri akan memberikan fokus kepada usaha meminimakan kesan perubahan iklim kepada Negeri Selangor. Kegagalan mengenalpasti dan menyediakan langkah berhadapan perubahan iklim ini telah menatijahkan masalah besar buat rakyat Selangor. Maka kerajaan negeri akan menumpukan usaha ini bagi mengelakkan kejadian banjir besar pertengahan disember 2021 itu dielakkan berlaku lagi.