SelangorToday

BANJIR : KENYATAAN PEMUDA PAS SELANGOR MELUCUKAN – MP SHAH ALAM

Ahli Parlimen Shah Alam, Hj Azli Yusof beranggapan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar terkait isu banjir di Selangor melucukan.

Melalui ulasan yang dibuat oleh Hj Azli di laman Tiktok beliau, Hj Azli melihat kenyataan Sukri yang mendakwa kerajaan negeri Selangor tidak serius dalam menangani masalah banjir di Selangor disebabkan oleh sehingga hari ini, Selangor masih dilanda banjir.

Tambah beliau, lebih melucukan apabila Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Selangor mendakwa pemecatan Dato Menteri Besar Selangor akan menyelesaikan masalah banjir.

Hj Azli yang juga Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor menjelaskan, sebagai pasukan anak muda, seharusnya Pemuda PAS perlu berfikiran secara matang. Sebaliknya kepimpinan Pemuda PAS bermentaliti mempolitikkan apa sahaja isu yang melibatkan rakyat seperti isu banjir. Sepatutnya Pemuda PAS bersama-sama memberikan cadangan yang membina untuk mengatasi masalah banjir.

Bagi Ketua AMANAH Shah Alam, kenyataan Pemuda PAS Selangor seolah-olah kerajaan Negeri tidak serius menyelesaikan isu banjir kerana mereka beranggapan semua boleh diselsesaikan tempoh sekelip mata seperti ungkapan Kalimah ‘Kun Fa Ya kun’.

Menurut Hj Azli, kebanyakan projek tebatan banjir untuk menangani isu banjir dilakukan dalam skala besar, peruntukan yang besar serta memerlukan masa dan tempoh tertentu untuk dilaksanakan. Ia perlu kepada reka bentuk, perlantikan kontraktor, malah mungkin juga melibatkan pengambikan tanah dan sebagainya. – SelangorToday

Exit mobile version