SelangorToday

BANJIR | MB SELANGOR TAK UCAP BERHATI-HATI MEMANDU, TERUS ARAH PPS DIBUKA SEGERA

Menteri Besar Selangor memaklumkan sehingga jam 8.30 malam pada Isnin, sebanyak 8 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka. Pemakluman tersebut diumumkan oleh beliau dilaman sosial beliau beberapa jam selepas banjir kilat melanda ibu negara. PPS yang terlibat adalah di Dewan Camelia Seksyen 10, SK Puchong Indah, Dewan Batu 3, Dewan Kampung Seri Aman, Dewan Puchong Jaya, Dewan MPS Kampung Melayu Sri Kundang, Dewan PJS 2C/6 dan Dewan PJS 1/35.

Hujan lebat yang melanda ibu negara termasuk Lembah Klang menyebabkan beberapa tempat ditenggelami air. Sedutan video yang sedang tular di media sosial menunjukkan beberapa kawasan ditenggalami air menyebabkan kesesakan lalu lintas melibatkan kawasan Kucha Lama, Pudu dan sekitar KLCC.

Pengerusi Pakatan Harapan Selangor itu memaklumkan PPS yang dibuka melibatkan 300 orang mangsa dan 56 keluarga. Beliau yang sedang kuarantin akibat jangkitan Covid-19 mengarahkan semua agensi yang berkaitan dikerahkan untuk membantu mangsa banjir yang berlaku semalam.

Exit mobile version