Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, YB Ir. Izham Hashim menyangkal dakwaan pihak tertentu bahawa banjir yang berlaku sekitar Sungai Rasau dan Sungai Klang pertengahan bulan Disember tahun lalu.
Ketika menjawab soalan wartawan berkaitan punca banjir yang viral melalui video seorang wanita menyalahkan kerajaan negeri yang meluluskan projek perumahan berdekatan Sungai Rasau dan Sungai Klang itu, Ir. Izham menegaskan keputusan merancang kawasan tersebut sudah mendapatkan kelulusan dari tahun 2015 lagi. Faktor ban pecah tidak benar sama sekali memandangkan ban di sekitar Sungai Rasau itu tidak pecah.
Tegas ADN Pandan Indah itu, fenomena hujan yang turun 4 kali ganda dari biasa menyebabkan air Sungai Klang melimpah pada 18 Disember 2021 dan menyebabkan banjir berlaku. Ini merupakan 2 faktor penting mengapa kejadian banjir berlaku di area Shah Alam, Klang dan Hulu Langat.
Sebagai langkah awal menimakan kesan banjir pada masa akan datang, Pengerusi AMANAH Selangor itu berkata, pembinaan 2 pintu air di Sungai Rasau akan dilaksanakan secepat mungkin bagi mengelakan air melimpah ke kawasan perumahan.
Beliau memohon agar pihak-pihak tertentu tidak membuat dakwaan tanpa sebarang fakta yang sahih dan jelas.