
Dalam tazkirah 5 minit yang disampaikan oleh Ustaz Ridzwan Abu Bakar ketika sedang menuju ke tempat proses pembersihan kawasan banjir di Hulu Langat menyatakan, bahawa peristiwa banjir telah disebut di dalam Al- Quran. Peristiwa banjir yang berlaku hujung minggu lalu boleh menjadi sandaran untuk umat Islam melihat semula peristiwa yang diceritakan didalam Al-Quran Surah Hud Ayat 43.

Ulas Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional itu, kisah Nabi Nuh AS disebut dalam Surah Hud itu merupakan kisah Nabi Nuh AS mengajak kaum keluarganya dan masyarakat sekitarnya untuk naik ke atas bahtera yang dibuat untuk berlindung daripada bencana banjir besar . Ajakan Nabi Nuh AS melibatkan semua termasuk anak yang paling akrab dengannya.

Namun malangnya, ajakan itu ditolak dengan mereka memberikan jawapan berpandukan logik akal dan tidak berpandukan iman. Jawab anak Nabi Nuh AS, jika banjir sampai, kami akan berlari ke tempat yang tinggi seperti bukit untuk mengelakkan dari banjr. Namun, Nabi Nuh AS, menjawab secara serampang dua matai aitu menjawab sambil menekankan soal keimanan. Jawab Nabi Nuh AS, jika Allah SWT mengarahkan air itu sampai kepada kalian, tidak ada satu pun akan terlepas jadinya. Disini Nabi Nuh AS menjelaskan bahawa ketentuan dan arahan Allah SWT tidak mampu dihalang mahupun ditolak oleh sekalian makhluk yang ada. Buktinya, air sebagai makhluk yang lembut mampu menggoncang bangunan serta merosakkan jentera-jentera berat atas takdir Allah SWT.
Maka dalam merumus tazkiranya, Ustaz Ridzwan mengingatkan agar kita jangan bermusuh dengan arahan Allah SWT dan menegaskan selemah mana sekalipun makhluk tersebut ia boleh menjadi peringatan buat kita jika ia atas arahan Allah SWT.
*Tazkirah ini telah diringkas oleh Cikgu Syazmir HN, terjemahan surah diulas secara menyeluruh.
Oleh,
Cikgu Syazmir HN