SelangorToday

BANTUAN PSIKOLOGI DAN EMOSI MANGSA BANJIR

Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan talian khas khusus untuk membantu mangsa banjir dari segi pemulihan psikologi dan emosi. Kerajaan Negeri Selangor mengambal maklum bahawa kejadian bencana banjir yang berlaku sejak petang Sabtu 18 Disember 2021 itu telah memberi kesan yang besar kepada rakyat yang menghadapinya. Memandangkan banyak daerah yang telah terjejas akibat bencana banjir ini, maka Wanita Berdaya Selangor telah melancarkan talian khas untuk memberikan ruang kepada kaunselor dan sukarelawan terlatih yang ditugaskan untuk membantu mangsa banjir yang terjejas psikologi dan emosinya.

Talian khas yang dinamakana Talian SELamat itu akan membantu rakyat yang memerlukan pemulihan dengan tema ruang bicara yang disediakan adalah selamat dan selesa. Bagi mereka yang perlukan bantuan psikologi dan emosi boleh hubungi Talian SELamat iaitu 03 – 6419 5027.

Perkhidmatan khas ini disediakan mulai 22 Disember 2021 hingga 31 Disember 2021. Langkah ini adalah Langkah awal yang diambil oleh agensi Kerajaan Negeri bagi menghadapi pasca banjir yang pastinya memerlukan langkah pemulihan yang lebih besar. Jika anda memerlukan khidmat sokongan, Talian SELamat mungkin boleh membantu anda.

Oleh,

Cikgu Syazmir HN

Exit mobile version