Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim mendakwa Tengku Zafrul tidak sesuai diletakkan sebagai wakil rakyat. Hal ini demikian kerana, banyak keputusan yang dibuat oleh Tengku Zafrul sebelum ini selaku menteri kewangan tidak menyebelahi rakyat. Anwar Ibrahim yang juga calon Perdana Menteri dari HARAPAN menyatakan kerap kali pihak HARAPAN mendesak supaya Tengku Zafrul membuat keputusan yang memihak kepada rakyat tetapi semunya gagal.
Anwar berucap ketika sesi Hi-Tea bersama calon HARAPAN Kuala Selangor memberikan contoh, ketika nilai mata wang negara susut teruk, Tengku Zafrul hanya memberi maklum balas dengan menyatakan bahawa itu perkara biasa. Sedangkan rakyat menerima tekanan darip tindakan tersebut dan pelabur mula melupakan Malaysia. Sebaliknya Anwar yang pernah menjadi Menteri Kewangan Terbaik Asia era 90an menyatakan keperluan untuk situasi itu dinilai secara tuntas mengapa mata wang jatuh dan apa solusi yang perlu dilakukan.
Jelas bahawa Tengku Zafrul tidak sesuai dipilih sebagai wakil rakyat berbanding Dr. Dzul yang telah lama memimpin Kuala Selangor. Malah Dr. Dzul berjaya membawa naratif kesihatan yang merakyat kepada golongan memerlukan. Anwar menyeru rakyat Kuala Selangor mengekalkan Dr.Dzul sebagai wakil rakyat mereka. -Selangor Today