SelangorToday

BARU SEBULAN MAT SABU DI MAFS, 8 INISIATIF UNTUK RAKYAT TELAH DILAKSANAKAN

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad bin Sabu telah melaksanakan 8 inisiatif awal bagi memastikan keadaan makanan terjamin ada dalam pasaran. Hanya beberapa hari mengangkat sumpah sebagai menteri, Mohamad telah mengumumkan langkah kerajaan mengimport telur dari sumber luar, ia merupakan langkah untuk mencukupkan permintaan telur dalam pasaran. Selain itu, kewibawaa Mohamad juga terselah apabila mengumumkan slogan ‘Cukup dan Terjamin’ sebagai misi beliau di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan(MAFS). Mohamad juga telah meminta pihak Agrobank sebagai institusi kewangan yang membantu petani di Malaysia memberikan moratorium kepada pelanggan yang terlibat dengan bencana banjir di pantai timur.

Mohamad Sabu ketika ditemu bual dalam Agenda AWANI

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan juga mengerahkan semua aset MAFS yang bersesuaian seperti lori, jengkaut dan pacuan 4 roda digunakan untuk membantu memindahkan mangsa banjir dan haiwan ternakan di pantai timur. Beliau juga meminta FAMA selaku agensi pembekalkan makanan supaya mendapatkan bekalan telur dari sumber tempatan untuk dibekalkan kepada pengusaha kuih tradisonal dan penjaja kecil yang majoritinya adalah melayu Islam, ia seiring dengan peranan Mohamad sebagai Presiden parti politik berteraskan Islam(Parti Amanah Negara). Seterusnya beliau telah mengumumkan bahawa MAFS akan memulakan projak tanaman Grain Corn berskala besar untuk makanan ternakan bermula tahun ini bagi mengurangkan kebergantungan import dari sumber luar.

Menyedari hakikat bahawa jaminan bekalan makanan merupakan agenda penting negara, ia menjadikan Mohamad sebagai perhatian umum dalam masyarakat. Mulanya diperli sebagai menteri yang gagal menguruskan keberadaan telur dalam pasaran, akhirnya langkah yang diambil berjaya meredakan permasalahan tersebut. Bukan sahaja Mohamad menjadi tarikan awam dengan seni pidatonya yang menyerlah, malah posisi beliau sekarang telah menonjolkan kewibawaan beliau dalam kerajaan. Mohamad juga bersuara tegas dalam memastikan kerajaan perpaduan dibawah kepimpinan Pengerusinya, Anwar Ibrahim menambah peruntukkan untuk MAFS dalam Bajet 2023 supaya projek-pprojak ‘mencukupkan bekalan makanan negara’ dalam dilaksanakan secara intensif. – Selangor today

Exit mobile version