Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) memberikan nombor siri kepada tiga pasangan calon presiden dan naib presiden dalam pilihan raya umum 2024, berdasarkan undian di pejabat KPU di sini semalam.
“Nombor rasmi pasangan calon presiden-naib presiden bagi pemilihan 2024 adalah seperti berikut: nombor satu untuk pasangan calon Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar, nombor dua untuk pasangan calon Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka, dan nombor tiga untuk pasangan calon Ganjar Pranowo-Mahfud MD,” kata Pengerusi KPU, Hasyim Asy’ari.
Memetik laporan ANTARA, penentuan nombor rasmi itu dilakukan pada mesyuarat pleno terbuka KPU.
Bagi Subianto, keputusan undian itu sama seperti pemilihan 2019, apabila beliau bertanding jawatan presiden dengan Sandiaga Salahuddin Uno sebagai pasangannya.
Nombor rasmi akan digunakan oleh setiap pasangan calon ketika kempen sehingga hari mengundi pada 14 Februari 2024.
Cabutan nombor rasmi diketuai Asy’ari diiringi anggota KPU yang lain.
Ketika undian, tiga pasangan calon presiden dan naib presiden diiringi oleh pengerusi umum dan ahli parti yang menyokong mereka.
Pada 13 November lalu, KPU mengumumkan nama tiga pasangan calon presiden dan naib presiden yang menyertai pilihan raya 2024. Baswedan-Iskandar mendapat sokongan daripada Parti NasDem, Parti Kebangkitan Negara (PKB), Parti Keadilan Sejahtera (PKS) dan Parti Ummat.
Pranowo-Mahfud disokong Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP), Parti Pembangunan Bersatu (PPP), Parti Indonesia Bersatu (Perindo), dan Parti Nurani Rakyat (Hanura).
Sementara itu, Subianto-Raka mendapat sokongan dari Partai Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Partai Golongan Karya (Golkar), Partai Amanat Nasional (PAN), Partai Demokrat, Partai Bulan Sabit (PBB), Rakyat Indonesia. Parti Gelora (Gelora), Parti Garuda, dan Parti Solidariti Indonesia (PSI), serta Parti Prima, yang tidak layak menyertai pilihan raya tahun depan. – AGENSI