SelangorToday

BEG SEKOLAH BUAT ANAK ORANG ASLI BUKIT CHANGGANG

AMANAH melalui Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat AMANAH Selangor telah mengaggihkan sumbangan beg sekolah dan alat tulis kepada mangsa banjir di Kampung Olak Lempit dan Bukit Changgang, Kuala Langat. Agihan sumbangan itu diketuai oleh Pengerusi Biro Pendidikan Selangor, Puan Norani Samsudin dan pimpinan Angkatan Wanita Amanah (AWAN) sekitar Selangor.

Puan Norani mengagihkan sumbangan kepada anak-anak di Kampung Olak Lempit

Baru-baru ini, Kampung Olak Lempit dan Bukit Changgang antara kawasan yang terjejas banjir teruk hujung tahun lalu. Akibat banjir, segala keperluan di rumah rosak termasuk kelengkapan sekolah. Maka selain bantuan yang akan diagihkan oleh Kerajaan Negeri menjelang Februari ini, AMANAH Selangor turut memberikan sumbangan buat mereka.

Rombongan bergambar bersama penerima bantuan beg sekolah daripada kalangan anak-anak orang asli

Selain itu, Puan Norani bersama rombongannya sempat mengagihkan sumbangan beg sekolah dan alat tulis kepada anak-anak orang asli di Bukit Changgang. Kira-kira 10 orang anak-anak orang asli menerima bantuan tersebut. Meski berada dalam kehidupan yang sederhana dan berasingan, pendidikan anak-anak orang asli tetap menjadi perhatian Biro Pendidikan AMANAH Selangor memandangkan mereka juga insan yang perlu disantuni dan dipimpin.

Exit mobile version