SelangorToday

BEKAS BENDAHARI AGUNG UMNO, DAIM ZAINUDDIN MENINGGAL DUNIA

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dilaporkan meninggal dunia pada usia 86 tahun, pagi ini.

Memetik laporan Berita Harian, berita mengenai pemergian Tun Daim disahkan peguamnya iaitu Datuk Dr. Gurdial Singh Nijar.

Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sewaktu mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta yang terletak di Petaling Jaya.

Sekadar info, Tun Daim pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan sebanyak dua kali, pada tahun 1984 hingga 1991 di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum dilantik sekali lagi pada penggal kedua dari 1999 hingga 2001, juga di bawah Dr Mahathir.

Antara jasa terbesar Tun Daim ialah beliau memainkan peranan penting dalam mengurus ekonomi Malaysia dan melaksanakan pelarasan struktur serta berjaya menangani isu ekonomi berikutan krisis kewangan Asia. – Berita Harian

Exit mobile version