SelangorToday

BEKAS MENTERI PERTANIAN DESAK KERAJAAN KAWAL HARGA BARANG

Bekas Menteri Pertanian, Datuk Salahudin Ayub menggesa kerajaan berusaha untuk mengawal harga barang sempena bulan ramadan dan menjelang syawal ini. Tambah beliau sempena bulan ramadan ini, negara juga sudah mula memasuki fasa endemik dimana sempadan negara dibuka serta pergerakan rakyat kembali bebas boleh menyebabkan kadar permintaan meningkat. Kesannya harga barang juga dijangka meningkat.

Naib Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata lagi, kurang daripada sebulan lagi kita akan menyambut perayaan Aidilfitri, oleh itu situasi-situasi yang disebutkan tadi akan mendorong kenaikan harga barag yang melampau. Ia mampu menggugat kos sara hidup rakyat khususnya golongan B40 dan M40 jika kerajaan tidak berkeupayaan mengawal harga barang.

Oleh itu, beliau yang juga Timbalan Presiden AMANAH itu mahu kerajaan terus memantau dan mengawal harga barang sehingga tidak membebankan rakyat. Beliau melihat kewajaran kerajaan membuat pemantauan melalui Ops Pantau 2022 terutamanya sepanjang di bulan ramadan dan syawal berpandukan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).

Exit mobile version