Site icon SelangorToday

Bekas Menteri PN, Saifuddin dipecat

3328217

Bersatu memecat ahli Majlis Pimpinan Tertingginya, Saifuddin Abdullah, berkuat kuasa hari ini.

Menurut sepucuk surat Lembaga Tatatertib Bersatu bertarikh hari ini dan dialamatkan kepada Saifuddin, keputusan tersebut ditentukan dalam satu mesyuarat yang diadakan semalam.

Surat berkenaan menyatakan Saifuddin telah melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti namun tidak memperincikan kesalahan khusus yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Saifuddin mengesahkan penamatan keahliannya dalam Bersatu dan memaklumkan dia akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut.

Exit mobile version